Jun 27, 2011

Mozaik Rejab: Empat


Love your life for all the nice people you haven't met.
Love your life for all the books you haven't yet read.

Err, admiring is nice. But being admired is even better.


Heh.


**

27Rejab. Aku buat perkara rutin malam-malam. Isya', Witir. Doa panjang-panjang. Penuh harap. Niat nak bangun malam tu harus ada sebelum lelap tapi bila dah landing 1.30am memang agak yakin takkan mampu bangun balik 4.30am.

Takpe la. Niat tu ada. Insya Allah ikhlas. One fine day.


Tak disangka beliau muncul dalam tidur. Ingatan tak berapa kuat. Tak larat nak recall what exactly happened. Poor me.

Yang pasti beliau jadi imam. Makmum yang tukang mimpi ni. Haih.

Malas. Err, bukan malas. Sejak patah hati heh, hati jadi bisu terus. Tak larat nak pujuk cakap. Tak larat nak baja suruh rumput hijau-hijau tumbuh bunga kaler-kali bercambah. Betul capek. Last, aku decide nak pusingkan hidup ke arah satu aim.

Membina individu.

**

Beliau, lain. Itu je lah. Takleh spill banyak. Ini hati yang menulis. Tak bedung, naya.


**

Dah tua ni, aku belajar supaya tak mengharap lebih. Iya, satu ketika, kita kena angan tinggi baru berani hidup. Tapi kalau urusan Tuhan kau nak angan tinggi tapi kaum kau lah yang banyak menghuni neraka tu, tak rasa malu ke dengan Tuhan?

Allahurabbi, dhaif sungguh kita (aku).

T________T

Jun 26, 2011

Mozaik Rejab: Tiga.


Rezeki.

**

Catatan 12 Mei.

Rezeki masing-masing, Allah dah tetap. Itu sesuatu yang tidak dapat tidak kita kena terima.

Dan dalam masa Allah kurnia rezeki dekat kita, mungkin Allah uji dengan menarik apa yang telah kita ada. Tujuannya, mungkin Allah nak tengok sejauh mana syukur kita. Sebab, Allah bagi ganjaran berdasarkan darjat. Darjat orang beriman, tahap syukur mencecah petala langit ketujuh. Pahala, insya Allah, pun berdarjat tinggi.


Esok 27Rejab. Counting. And on. ;)





Jun 23, 2011

Mozaik Rejab: Dua


Betul ke, keadaan yang bersalah, atau sebetulnya kita yang bermasalah?

Sekecik-kecik burung tu pun, perjalanan hidup dia teratur. Kita ni, manusia yang ada akal fikiran, patutnya lebih tersusunlah hidupnya.


**

Aku belajar lagi hari ni. Membebel pun rasanya keluar ayat manis-manis je sejak-sejak bertatih puasa sebagai seorang cikgu hardcore layan budak hardcore yang kita sendiri tak pernah imagine.


Haih. Angan-angan nak berhenti kerja nak mengasuh anak kat rumah je tak pernah lupus.

But then, balik semula ke alam realiti. Tuhan dah tulis ujian untuk manusia nama wa'a ni sekian-sekian. takleh undur takleh gostan takleh main aci nak tukar kitab hidup sendiri. Jadi orang yang berumur 24 ni, bila orang tanya betul ke dah berhidup dengan sebetul-betul hidup, mintak maaf cakap, memang takde jawapan yang jujur secara lisan. -_-''

Susun atur pemahaman pasti akan menyusul melalui peringkat-peringkat umur mengikut tertibnya. Jadi, untuk yang dah besar panjang, tua bangka ni, masih nak berpura-pura jadi anak kecil ke di hati? Sampai ke sudah taknak membesar?

Memang tak berhidup la jawabnya kalau nak hidup macam tu !

**

Ustaz S bercerita tentang 4 golongan manusia yang ada kaitan dengan Al-Quran. Yang ke satu, belajar Al-Quran sekadar nak tahu. Yang kedua, belajar Al-Quran sebab nak tahu dan nak mengajar. Yang ketiga belajar Al-Quran untuk masuk pertandingan. Yang ke-last, belajar Al-Quran sebab nak masuk bertanding dan nak menang.

Yang paling baik, jadilah golongan kelima yang belajar Al-Quran semata-mata kerana Allah dan berhasrat untuk mencapai bacaan mengikut bacaan Nabi Muhammad S.A.W.


Aku, nak jadi golongan kelima tu, tambah satu lagi. Nak jadi ustazah ajar mengaji untuk anak-anak sendiri nanti kalau panjang umur kalau ada rezeki nak beranak. heh. Angan-angan kena tinggi. Baru rasa berani nak hidup !


Allahumma ameen untuk semua du'a hari ini :)


**

Berjaya puasa 4 hari. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Dah sampai juzu' 28. Mesti gigih khatam sebelum Sya'ban. Sya'ban spare untuk ulang balik surah-surah hafalan dari zaman tok kaduk. Bila fikir-fikir balik, tak terbeban tanggung dosa sebab payah sangat berusaha nak maintan ingat. Bermohon dengan sangat-sangat harap, dapat capai target. Tuhan sahaja yang mampu pegang kejap-kejap hati yours truly.

Dan ini adalah sekadar catatan. Sendiri tulis, sendiri baca, sendiri ingat. Ini Mutabaah Amal versi belog hehe ;)


Stay blessed, loved ones !

Jun 20, 2011

Mozaik Rejab: Satu


Assalamualaikum w.b.t


I'm fasting today. Yeay. And it is my first puasa in Rejab. Not really yeay. -_-''

Bila puasa, rasa nak menulis balik nak menulis apa pun tak tahu sebenarnya skill yours truly obviously dah berkarat dekoh haih haih haih !


"Hiburkanlah hati kita kerana hati itu cepat bosan dan mudah berasa letih. Tetapkanlah pelbagai cara dan carilah daripada sekian cara itu yang mengandungi seni hikmah dan ragam makrifah."


Semua orang, semoga berada di bawah lindungan Allah selalu. Esok kalau rajin aku tulis lagi sebab esok nak puasa lagi walaupun dugaan betul lah puasa sambil kejar anakcinamelayuindia sambil tahan diri tak keluar bendabendabusuk daripada mulut. Perghhhh. Pahala sabar ke mana, pahala puasa konpem kurusssssssss kalah makhluk anorexia !


Ok. bai.

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP