Jun 23, 2011

Mozaik Rejab: Dua


Betul ke, keadaan yang bersalah, atau sebetulnya kita yang bermasalah?

Sekecik-kecik burung tu pun, perjalanan hidup dia teratur. Kita ni, manusia yang ada akal fikiran, patutnya lebih tersusunlah hidupnya.


**

Aku belajar lagi hari ni. Membebel pun rasanya keluar ayat manis-manis je sejak-sejak bertatih puasa sebagai seorang cikgu hardcore layan budak hardcore yang kita sendiri tak pernah imagine.


Haih. Angan-angan nak berhenti kerja nak mengasuh anak kat rumah je tak pernah lupus.

But then, balik semula ke alam realiti. Tuhan dah tulis ujian untuk manusia nama wa'a ni sekian-sekian. takleh undur takleh gostan takleh main aci nak tukar kitab hidup sendiri. Jadi orang yang berumur 24 ni, bila orang tanya betul ke dah berhidup dengan sebetul-betul hidup, mintak maaf cakap, memang takde jawapan yang jujur secara lisan. -_-''

Susun atur pemahaman pasti akan menyusul melalui peringkat-peringkat umur mengikut tertibnya. Jadi, untuk yang dah besar panjang, tua bangka ni, masih nak berpura-pura jadi anak kecil ke di hati? Sampai ke sudah taknak membesar?

Memang tak berhidup la jawabnya kalau nak hidup macam tu !

**

Ustaz S bercerita tentang 4 golongan manusia yang ada kaitan dengan Al-Quran. Yang ke satu, belajar Al-Quran sekadar nak tahu. Yang kedua, belajar Al-Quran sebab nak tahu dan nak mengajar. Yang ketiga belajar Al-Quran untuk masuk pertandingan. Yang ke-last, belajar Al-Quran sebab nak masuk bertanding dan nak menang.

Yang paling baik, jadilah golongan kelima yang belajar Al-Quran semata-mata kerana Allah dan berhasrat untuk mencapai bacaan mengikut bacaan Nabi Muhammad S.A.W.


Aku, nak jadi golongan kelima tu, tambah satu lagi. Nak jadi ustazah ajar mengaji untuk anak-anak sendiri nanti kalau panjang umur kalau ada rezeki nak beranak. heh. Angan-angan kena tinggi. Baru rasa berani nak hidup !


Allahumma ameen untuk semua du'a hari ini :)


**

Berjaya puasa 4 hari. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Dah sampai juzu' 28. Mesti gigih khatam sebelum Sya'ban. Sya'ban spare untuk ulang balik surah-surah hafalan dari zaman tok kaduk. Bila fikir-fikir balik, tak terbeban tanggung dosa sebab payah sangat berusaha nak maintan ingat. Bermohon dengan sangat-sangat harap, dapat capai target. Tuhan sahaja yang mampu pegang kejap-kejap hati yours truly.

Dan ini adalah sekadar catatan. Sendiri tulis, sendiri baca, sendiri ingat. Ini Mutabaah Amal versi belog hehe ;)


Stay blessed, loved ones !

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP